Assalamualaikum, post hari ini adalah sebuah puisi sastera, Ada yang tersirat dan tersurat.
Bergantung kepada cara pembaca berfikir luar daripada kotak.
Sastera ini berasaskan sejarah hidup saya, dan yang sedang saya lalui.
Ok, enjoy:
Bismillah ku mulai langkah,
patah ayat perlahan Ku
memikirkan tersiratnya perit setiap
baris yang mampu ku ceritakan,
Ah! Buaya ini mula bersuara,
ceritalah! Malu kau tepis, apa gunanya?
Ceritalah.
Pagi kau indah memberikan sinar baru,
Lembut cahaya kau tapis,
membuatkan aku tenang melihat ke langit.
Hendak ku senyum,
ah! Si buaya mahu senyum?
Gerun manusia mendekati kau.
Tapi kau menipu, mereka terus mendekati.
Teruja rasanya masa kau mengoyakkan topeng,
raut wajah manusia geli memandang.
Sudahlah!
Tengah hari, argh! Bahang arang hampir kusamakan,
Ghaib tolakan cahaya tertunduk muka ku ke bawah.
Termandi aku secara percuma,
dalam perjalanan. Penat.
Ah! Buaya ini penat?
Masih kau bersembunyi di sebalik topeng,
melengahkan ghairah manusia menunggu kau...
engkau keliru. ..berkeliaran meramas jalan,
cuba mencari kertas jawapan.
Manusia ingat kau begitu jauhari,
Talam telah engkau sediakan di mukamu.
Lembut. Apa ini? ..
bertahun lupa,
manusia gelakkan engkau..
Keliru,
hendak disamakan dengan si kuno,
atau si munafik?
Kerana yang lembut tangan kau ramas itu..
Adalah tikar sejadah....
Buaya ini tertunduk lagi,
dek bahang panas muka yang cuba menahan air mata.
Manusia terdiam,
rupanya buaya ini sama dengan mereka....
(sambungan akan datang)
0 comments: