Siri motivasi: Bahagian 10

2:30 AM Unknown 0 Comments

Assalamualaikum, haaa..apa khabar? sihat? Alhamdulillah..(cakap bgitu kalau rsa sihat). Ini kalau tk silap saya, kali kedua perjumpaan kita kan? Jadi selepas siri motivasi 9 saya meneruskan dengan siri motivasi ke-10. Baiklah, kita mulakanya sekarang.


Assalamualaikum, apa khabar? sihat? diharap begitulah hendaknya ya! Baiklah, selepas 2 minggu saya berehat, atau lebih dikenali sebagai..belajar, saya menulis siri motivasi yang ke-10 pada hari ini. Pada asalnya, saya hendak menulis siri ini minggu lepas, namun ada sesuatu berlaku pada diri saya, akhirnya saya terpaksa berhenti seketika untuk menyelesaikan masalah tersebut. Di sini saya ingin memberitahu kamu, bahawa jika kamu mempunyai ilmu saya pasti, anda dengan senang dapat menyelesaikan setiap masalah anda dengan ceria. Dengan ceria? kenapa bukan senang? haaa..kenapa saya cakap ceria? kerana..tak semua masalah tu senang..dan kebanyakannya susah. Tidak kiralah, dari masalah kerja ke -- masalah emosi ke.. Baiklah, kita mulakan siri yang ke-10 skarang.

Pada siri motivasi kali ini, saya tidak menggunakan buku sebagai bahan rujukan, tetapi saya menggunakan internet. inilah laman web yang saya terdampar. Saya membacanya, orang yang menulisnya tidaklah sehebat Dr. Fadzilah Kamsah, ataupun Anthony Robbins. Tetapi hanya seorang lelaki yang mencari kejayaan sendiri. Lihatlah sendiri, jika dia boleh menaip tentang motivasi yang hampir kesemuanya adalah tentang membina keyakinan diri, kenapa anda tidak boleh meningkatkan keyakinan diri anda?

Saya teringat sebuah cerita yang amat saya kagumi, dan berulang-ulang kali saya membacanya. (hah! sekarang saya gunakan buku sebagai bhn rujukan) Di Chicago, kalau tak silap saya(maaflah, cerita ini saya flashback shj) pada bulan Disember, akan berlaku satu musim sejuk. Dimana, lebuhraya yang merentasi negara tersenut akan dipenuhi salji. Berita, Surat khabar, dan Radio..pasti akan mengumumkan kesesakan dan penutupan trafik, agar tidak akan berlaku sebarang kemalangan yang meragut nyawa. Kerana ketebalan salji di atas permukaan jalan raya lebih kurang paras pusat! Hah! bayangkan kesejukannya. Maka semua orang dinasihati supaya jangan keluar ke mana-mana, walaupun utk bkrja. (memang gembira budak-budak sekolah) Maka ada sebuah keluarga ni..dah kata tak pergi kerja, mereka pun pergilah melawat kampung mereka. Semasa dalam perjalanan tersebut, mereka menyangka bahawa jalan masih lagi belum 'diturap' oleh salji lagi. Maka, si keluarga tersebut meneruskan perjalanan mereka dengan riang dan lega.

Keluarga yang bahagia gitu! Seorang suami, isteri dan anak yang berusia 2 tahun. Alhamdulillah. Namun, pada pertengahan jalan atau lebih senang disebut: lagi 8 batu nak sampai di rumah mak mertua, berlaku satu runtuhan salji. Phew! nasib baik jauh lagi. Si keluarga tersebut meneruskan perjalanan..tapi tersekat di tengah-tengah jalan tersebut. Kereta mereka tidak boleh bergerak. Dan sekarang mereka terperangkap di dalam kereta, di tengah-tengah 'highway'. Sudah terhantuk lagi terjatuh..mereka tidak mendapat sebarang bantuan di situ. Tiada kereta yang lalu lalang, tiada 'line' di situ. Maka mereka terpaksa menunggu di situ, nasib baik mereka mempunyai bekalan yang mencukupi untuk keluarga mereka, maka berkurang sedikit keresahan mereka.

Namun, setelah seminggu berada di situ..mereka tidak dapat menahan diri mereka lagi, kerana kehabisan bekalan dan kesejukan. Mereka sendiri boleh nampak salji berada di tahap 'bottom of windows'. Mereka pun ambil keputusan untuk keluar dari situ. Mereka cuba mencari pertolongan, namun tak dapat-dapat. Akhirnya, si ibu mengalah, penat. Si bapa menyuruh ibu supaya berehat dan tunggu di sini, sementara si bapa mencari pertolongan. Dengan senyuman yang sengaja dilakar oleh si bapa agar si ibu berasa tenang, terus pergi meninggalkan mereka.

Semasa dalam misi tersebut, si bapa pada mulanya bersungguh-sungguh mencari pertolongan. Tanpa rasa gelisah, takut..tapi akhirnya lemah. Namun, ingat! namun, si bapa tersebut terus mencari dan mencari, "hanya tinggal lagi 3 batu..3 batu..3 batu..anak aku..isteri..a..ku..", dan terus bermonolog..agar beliau dapat menaikkan semangat beliau. Tetapi beliau kena ingat(walaupun otak berpinar-pinar) bahawa di situ, beliau boleh diterkam, dimakan dan dijadikan habuan, kerana di situ sudaah pasti ada singa salji, beruang, dan binatang buas yang lain. Tapi pada tahap si bapa, rasanya adalah sukar untuk berfikir begitu, kerana beliau sangat lemah pada waktu tersebut. Pada waktu itu juga, sudah pasti otak si bapa sudah mula berpinar-pinar, tidak tahu arah tuju. Si bapa..walaupun lemah tetap teruskan jua..jatuh beratusan kali, tidak dapat merasakan kaki memijak bumi, mula berfikir yang bukan-bukan, keliru, terhuyung-hayang. Namun, dengan keazaman yang TINGGI! beliau teruskan jua..saya juga turut berasa hairan, bagaimana beliau boleh meneruskan misi dia, walaupun merangkak..Sementara itu, si ibu masih berada di dalam sebuah gua..yang tidak tahu bahayanya..dan ini kejadian pelik! si ibu kesejukan..namun dengan pelukan yang erat ke atas anaknya..si ibu 'menanam' kakinya ke dalam salji..si anak? berada di dalam sebuah beg yang sederhana besarnya, tidur..dan tidak mati! tidak seperti berada di dalam kesejukan..dan menakjubkan! BERDENGKUR!! memang sungguh nyenyak dia tidur.

Sementara itu, si bapa yang bersusah-payah, dengan tangisan keazaman, akhirnya menemui jalan. How? Beliau merangkak..tangannya merasakan sesuatu yang kasar..dan panas!(walaupun matanya tertutup, disebabkan kebekuan). Beliau berehat seketika, dan mencari mana-mana kenderaan yang berada di situ. Akhirnya! beliau menemui sebuah lori..beliau meminta agar menolong isteri dan anaknya berada 4 batu dari sini, tapi si pemandu lori menyuruh agar si bapa berehat di dalam rumahnya. Si bapa enggan! dia memaksa si pemandu lori pergi menyelamatkan mereka dengan cepat. Akhirnya keluarga tersebut dapat diselamatkan..selepas 2 minggu 'lemas' di dalam salji tersebut.

Dengan kejayaan yang sememangnya dapat melakar senyuman yang lebar, mereka pergi ke sebuah syarikat media..yang hendak memaparkan kisah perjalanan mereka: wartawan: apakah yang membuatkan anda mencari pertolongan untuk hidup?
si bapa : anak dan isteri saya. Dalam akal saya..selalu bertanyakan
adakah mereka selamat? adakah mereka masih hidup? dan sebagainya
Namun..saya teruskan juga..itulah masa terbaik saya..mungkin
akan menjadi lebih lama lagi jika saya saya terputus asa.
wartawan: bagaimana kaki anda boleh tidak terkena hypotermia?
si ibu : Keazaman saya untuk melihat anak saya berjaya dalam pendidikan,
dan kepercayaan saya untuk melihat anak saya terus hidup dengan
selesa.

Kesimpulannya? Lihat sajalah keluarga ini..tetap mencari penyelesaian masalah daripada menunggu pertolongan. "Success: willing to do what the average person is not willing to do." Anonymous. Si bapa sanggup mengharungi onak dan salji untuk sampai ke permukaan jalan yg panas. "Success has a simple formula: do your best, and people may like it." Sam Ewing Si bapa telah melakukan yang terbaik untuk anak dan isterinya. Di sini saya ingin menerangkan sesuatu..sesungguhnya, orang yang sanggup melakukan sesuatu untuk orang lain ialah orang yang sepatutnya senyum. Kenapa? sebab dia sudah bersusah payah berkorban untuk anda..

"Don't do anything that wouldn't make your Mom proud."H. Jackson Brown Jr. Jadi bersungguh-sungguhlah anda dalam membuat sesuatu perkara. think bfore you act! "Success is not the key to happiness. Happiness is the key to success. If you love what you are doing, you will be successful."Herman Cain. Jadi apa yang saudara dan saudari tunggu lagi? Pergilah buat sesuatu untuk ibu bapa anda bangga ok! (*.=) A successful man is a friend to failure. What ohhh! Ya! memang seorang yg berjaya selalunya menjadi kwn kepada yg gagal kerana disuruh untuk melatih kawannya. Jadi, jangan mengeluh!

0 comments: