Siri Motivasi Bahagian 11. Yakinkan diri anda!

4:46 PM Unknown 0 Comments

Assalamualaikum, how are you today? Is the weather okay down there? Pada hari ini saya bawakan kepada anda motivasi insan yang sudah putus asa, yang telah runtuh hatinya, lemah, dan perlukan tangan seseorang untuk bangkit..

Saya sendiri pun pernah jatuh, putus asa, lemas, malas, marah, dan keruntuhan iman. Pada masa begitu memang kita akan merasakan betapa ruginya hidup kita. Rasa seperti ingin mati. Tetapi, mampukah kita? Mempunyai niat untuk mati tetapi tiada cara untuk melakukannya. Jangan! Anda masih ada waktu. Lakukan perkara yang berfaedah. Bagaimana? Aku merasakan hidup aku sudah tidak berguna lagi kepada orang lain! Termasuk untuk guruku! Itulah gunanya ilmu. Baiklah, jika anda masih lagi hendak membunuh diri..berikan saya satu sebab kenapa anda takut untuk melakukannya sekarang? Anda tidak bersedia lagi untuk mati.

Seorang murid Dale Carnegie pernah menceritakan kebimbangan dia kepada kaunselornya itu. "Semua hal membuat saya bimbang", cerita murid tersebut."Saya bimbang kerana badan saya kurus, kerana rambut saya botak, kerana takut kalau tidak mempunyai wang untuk berkahwin, kerana saya berasa tidak akan dapat menjadi seorang ayah dan suami yang baik, kerana saya takut kehilangan gadis yang akan menjadi isteri saya, kerana tidak dapat hidup seperti sepatutnya. Saya bimbang kerana kesan-kesan yang saya tinggalkan kepada orang lain. Saya bimbang kerana merasakan saya menghidap barah perut. Ssaya tidak boleh belajar lagi. Saya termenung apabila masuk ke dalam kelas. Fikiran dan jiwa saya saya tidak tenteram dan menjadi tertekan seperti cerek wap tanpa injap keselamatan".
Tekanan itu menjadi semakin berat dan tidak dapat ditahan lagi Tentu ada sesuatu yang dapat menyembuhkannya. Selagi anda belum pernah mengalami gangguan saraf, bersyukurlah kepada Tuhan. Ini kerana penderitaan jiwa sangat berat dan bukan kepalang sakitnya- jauh lebih mengerikan jika dibanding dengan penderitaan fizikal.
"Setiap hari merupakan siksaan bagi saya. Saya merasakan semua orang telah meninggalkan saya. Timbul hasrat dalam fikiran saya untuk mengakhirinya dengan menerjunkan diri ke dalam sungai".

"Namun saya tidak jadi bunuh diri, saya membawa diri..pergi ke Florida, dengan harapan agar hidup saya dapat berubah. Sebelum saya menaiki gerbak keretapi, ayah saya memberikan saya sepucuk surat."Jangan kau buka surat ini sehingga kau sampai di sana!" Setelah sampai di sana saya tidak dapat menempah hotel, jadi saya ambil keputusan menyewa tempat letak kereta dan tidur di situ. Di Florida, memang saya tidak dapat mencari kerja, masa saya terkuang dengan berada di tepi pantai sahaja. Akhirnya saya buat keputusan unutk membuka kertas tersebut".
"Anakku, kau sudah berada jauh dari sini. Tetapi, kau tidak merasakan langsung perbezaan tersebut bukan? Ayah tahu kau tidak akan mengalami perubahan, sebab punca utama dari segala kesulitanmu kau tetap bawa bersama. Sebenarnya fizikalmu sihst. Kau bukan dicampakkan oleh keadaan yang kau hadap, tetapi oleh apa yang ksu fikirkan mengenai keadaan tersebut.'Sebab apa yang difikirkan orang tentang hatinya, itulah dirinya'.

"Mendengar akan ayat tersebut saya terus balik ke rmah saya, dengan misi yang jelas. Kerana ketika saya ketika berjalan-jalan memikirkan kata-kata tersebut, saya merasakan sesuatu yang aneh. Semua bebanan saya hilang. Saya dapat berfikir dengan jelas sekarang! Hal ini baru saya alami dan saya menginsafi kebodohan dan sifat putus asa saya pada masa lalu. Kemudian saya pandang diri saya di hadapan cermin(di rumah).
"Inilah aku! Teruknya...saya ingin mengubah dunia ini termasuk isinya sekali, sendiri.Padahal yang sepatutnya diubah dan menjadi fokus kamera ialah saya! Akhirnya saya sekarang sudah berjaya! tidak lagi ada ruang untuk memikirkan tentang kebimbangan. Sekarang saya sudah berkeluarga, sudah mengahwini gadis yang sepatutnya menjadi isteri saya, dikurniakan lima orang anak, wow!, pada waktu malam saya mengendalikan organisasi kaunseling seramai 18 orang, dan pada waktu pagi saya merupakan ketua 'supritenden' bagi sebuah syarikat pembuat kadbod dan mengetuai seramai 450 orang. Hidup sekarang amat bermakna bagi saya. Saya tidak akan melepaskan waktu ini! Saya akan lakukan sesuatu dalam jangka waktu yang singkat".

"Dan jika saya, keluarga saya, syarikat saya, organisasi saya..mempunyai masalah! Saya akan bertenang, senyum dan memfokuskan semula kamera saya agar tahu di mana kesilapan dan arah tuju saya!"

Lihat! jadi perlukah anda membuang jasad anda begitu sahaja? Banyak lagi perkara yang mesti anda buat dan enjoy! 'No one can live in this world, unless if you do something good'. Memang pada permulaan kerja segalanya 'mentah', ditengahnya perit, tapi lihat diakhirnya, bergaya menjadi ketua supritenden yang berjaya. Sama juga seperti saya, sekarang in saya sedang melalui sungai di tengah'keperitan'. Dan jika saya menjangkakan sesuatu yang indah di hadapan, saya akan pergi ke arahnya dengan pantas. Kerana kita hidup di dalam jangka waktu yang singkat. Oleh itu, jom! kita pergi ke hadapan, mara! jangan sesekali runtuhkan kekuatan iman kita! Kerana ianya berguna, untuk memulakan
KEHIDUPAN.....

0 comments: